Wednesday, September 23, 2009

Bibik

Salam,

Isu kebergantungan Malaysia kepada pekerja asing bukan sesuatu yang baru. Hampir kesemua sektor pekerjaan di negara ini memerlukan khidmat mereka. Antara yang kritikal memerlukan khidmat mereka adalah sebagai amah yang mana menuntut mereka untuk menjaga rumah termasuklah untuk menjaga anak-anak kita.

Mulanya semuanya tampak tidak bermasalah malah mereka menjadi pemudah untuk kebanyakan kita terutama bagi pasangan yang berkerja di kawasan bandar. Namun, ramai kenalan yang menggunakan khidmat mereka mengeluh dengan seribu macam permasalahan (yang tidak perlu disebutkan di sini) terpaksa dihadapi mereka.

Persoalannya, bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan kepada amah terutama daripada negara jiran dari seberang. Mungkin kita perlu meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pusat jagaan kanak-kanak. Dan pusat ini perlulah dikawal-selia dengan berkesan oleh agensi kerajaan.

mohd faizal kamarudin

No comments:

Understanding Skim Lindung 24 Jam: Social Security and Choice in Malaysia

On 1 June 2026, Malaysia embarked on a major expansion of its statutory social safety net with the official launch of the Non-Employment Inj...