Wednesday, May 07, 2008

Hai O oh Hai O

Multi level marketing (MLM) adalah satu bentuk perniagaan yang hangat diperkatakan sekarang. Namun, MLM bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Perniagaan ini didaftafkan dibawah Akta Jualan Langsung 1993 dan diselia oleh Kementarian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KDPHEP) .


Pastinya, yang terhangat di pasaran tatkala ini adalah Hai-O Marketing (M) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi url ini:-http://www.hai-omarketing.com.my/haio/my_home.asp. Saya difahamkan untuk memulakan perniagaan atau lebih tepat lagi untuk menyertai Hai-O Marketing seseorang itu perlu mengeluarkan modal sekitar RM20,000-00. Seterusnya, peserta akan diberi beberapa produk untuk dijual dan mendapat keuntungan. Namun, disamping itu peserta perlu mencari downline untuk menikmati beberapa keuntungan/faedah lain seperti over-riding, komisen kepimpinan, insentif kereta, insentif rumah dan sebagainya.


Secara asasnya perniagaan ini sah dari segi undang-undang dan syarak. Namun, strategi Gang Hai-O ini yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk dijadikan peserta adalah sesuatu yang wajar kita perhalusi. Secara lebih tepat lagi kumpulan sasaran Gang Hai-O adalah kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan mat rempit. Apa yang menjadi kegusaran adalah kebanyakan peserta mengambil pinjaman daripada pada bank terutamanya Bank Rakyat. Ini mungkin disebabkan polisi Bank Rakyat yang memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa perlu ada penjamin. Bagi peserta yang bukan kakitangan kerajaan mereka mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank perdagangan yang lain, menggunakan simpanan dan ada yang meminjam daripada ahli keluarga yang lain.


Daripada pemerhatian saya ramai yang hangat-hangat tahi ayam dalam menyertai perniagaan ini. Natijahnya, mereka terperangkap dan dibebani hutang dengan pihak bank. Jika dilihat secara kasar mereka inilah yang bersalah kerana tidak bersungguh-sungguh dalam perniagaan diceburi. Namun, pada hemat saya Gang Hai-O juga perlu lebih bertanggungjawab dalam menghampiri khalayak umum atau kumpulan sasaran yang ingin dijadikan downline. Mereka perlu diberikan penerangan yang jelas tentang model perniagaan dan risiko yang bakal dihadapi oleh para peserta. Bukannya menceritakan tentang jenis kereta yang bakal dipakai dan impian lain yang boleh dicapai. Malahan menurut teman rapat saya upline-nya menjanjikan dalam masa dua bulan sahaja beliau boleh memiliki kereta impiannya. Ini adalah satu modus operandi perniagaan yang amat mengelirukan dan menjadi kegusaran yang amat dalam untuk saya.

Kegusaran ini didorong oleh rekod perniagaan MLM itu sendiri. Saya melihat tiada satupun syarikat MLM yang bertahan. Malahan para peserta kerap melompat dari satu syarikat syarikat yang lain. Dan saya melihat ini bukanlah strategi perniagaan yang sihat dan mampu bertahan di era globalisasi ini. Sehubungan dengan itu saya menyeru orang ramai untuk melakukan timbang tara sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM. Jika setelah dilakukan analisis yang dalam dan yakin boleh berjaya dengan perniagaan ini silalah terlibat dengan perniagaan ini. Dan ingatan untuk mereka yang sudah terlibat dengan perniagaan ini saya menyarankan untuk lebih sensitif dengan institusi kekeluargaan. Ini kerana mereka cukup cenderung untuk mengadakan mesyuarat atau perjumpaan sehingga lewat pagi. Hal ini amatlah tidak disenangi oleh kebanyakan ibu-bapa dan adalah satu budaya yang amat mengusarkan.


Bertemu lagi...


Mohd Faizal Kamarudin



Tuesday, May 06, 2008

PRU: Satu realiti

Keputusan PRU ke-12 memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia khususnya dan kehidupan rakyat secara amnya. Dari sisi pemerhatian saya jelas terlihat semacam keinginan yang mumbuak-buak di kalangan banyak pihak baik ahli politik, budayawan, seniman, bloggers dan sebagainya untuk menyatakan pandangan mereka. Justeru itu saya terpanggil untuk menitip pandangan saya tentang aliran yang sama.

Pada malam keputusan PRU ke-12 ada teman-teman yang menzahirkan kegusaran tentang ketuanan melayu atau lebih tepat lagi nasib orang melayu. Mereka bimbang dengan keputusan PRU ke-12 orang melayu akan terpinggir di negara sendiri. Pada hemat saya ada kebenaran tentang kegusaran ini. Namun, saya melihat orang melayu punya peluang yang cukup terbuka untuk menidakkan kebimbangan ini malahan ia menjadi satu kemestian untuk kita semua untuk terus berjaya dalam hidup ini.

Kita semua sedar tentang realiti ekonomi hari ini - kadar inflasi yang membimbangkan, harga petrol yang tinggi dan diparahkan lagi dengan harga beras serta barang-barang keperluan lain yang turut meningkat harganya. Dalam keadaan yang menghimpit ini kita juga gusar dengan peluang pekerjaan yang diketahui dikuasai oleh golongan lain. Namun, kita perlu realistik dengan keadaan ini. Jangan sesekali menyalahkan ornag lain. Lantaran itu menjadi kemestian kepada semua usahawan melayu untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang melayu sendiri. Seterusnya menjadi kemestian pula untuk orang melayu yang lain menjadi terbilang baik dari segi akedemik dan menjadi pekerja yang tinggi produktivitinya.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.


Mohd Faizal Kamarudin



Monday, November 05, 2007

Hati Malaya: 1957

Salam,

Alhamdullilah, semalam saya berkesempatan menonton Hati Malaya: 1957. Pada hemat saya,
filem ini adalah "wajib" ditonton oleh semua lapisan maysarakat. Ia merupakan satu alternatif yang mudah untuk memahami, mengulangkaji dan memperkemaskan lagi pemahaman kita tentang sejarah Malaysia. Tahniah untuk Shumi dan krew filem ini, saya mengharapkan pada masa depan Pesona Pictures akan muncul dengan kualiti filem yang sama atau lebih baik lagi.


Namun begitu, jumlah penonton yang hadir untuk tayangan filem ini amat menyedihkan. Untuk
itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk hadir menonton filem ini. Tunjukkkanlah sokogan anda untuk filem tempatan.


Mohd Faizal Kamarudin



Wednesday, August 22, 2007

Thanks CIMB Group

salam,

My day has come and I am leaving to explore new challenge and to starting a new path of my career.I would like to take this opportunity to thank CIMB Group and my colleagues and let you all know how I've enjoyed working with you these past three years. I wish you all success in the future and am grateful for the opportunity to work with you.


Please accept my deepest gratitude and apologies if I have offended any of you, unintentionally or otherwise.You are welcome to stay in touch with me at faizalkamarudin@gmail.com or on my mobile phone (I will keep the same number).


Thanks again for everything.


Sincerely,
Mohd Faizal Bin Kamarudin (MFK)
CIMB Islamic Bank Berhad
Islamic Banking Planning & Development


Wednesday, August 15, 2007

Kudos to UiTM's Debate Team

salam,

congrate uitm's debate team for winning the "Debat kemerdekaan 2007", kudos to you guys.


Mohd Faizal Kamarudin

Understanding Skim Lindung 24 Jam: Social Security and Choice in Malaysia

On 1 June 2026, Malaysia embarked on a major expansion of its statutory social safety net with the official launch of the Non-Employment Inj...