ASB telah lebih tiga dekad membantu rakyat terbanyak untuk turut sama membantu membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini. Melaluinya syarikat boleh mendapatkan modal pada kos yang lebih kompetitif jika dibandingkan dengan pinjaman daripada institusi kewangan. Selain daripada itu, ASB juga turut aktif dalam pasaran wang di Malaysia.
Sebagai imbalan, para pelabur akan diberikan dividen mengikut jumlah simpanan mereka dan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dividen dan bonus sebanyak 8.25 sen telah diumumkan. Jumlah agihan dividen dan bonus ini boleh dikategorikan sebagai kompetitif jika dilihat dari keadaan pasaran ekuiti yang mencabar pada tahun 2017. Selain daripada itu, ASB merupakan pelaburan yang berisiko rendah dengan kadar kos yang minima.
Pada tahun 2016 ASB telah menasihatkan para pelabur untuk mengemaskini butiran peribadi mereka dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik sesuai dengan era digital pada hari ini. Hal ini ada kesan positif apabila para pelabur dapat menyemak secara atas talian penyata pelaburan mereka pada tahun 2018. Namun, adalah disarankan untuk para pelabur diberi pilihan untuk dividen dan bonus yang diagihkan dapat dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan mereka atau dilaburkan semula di dalam ASB. Hal ini pastinya dapat menjimatkan kos kepada para pelabur dan meningkatkan produktiviti semua pihak yang terlibat dalam penawaran ASB. Hal ini juga sebenarnya telah menjadi kelaziman dalam pelaburan ekuiti di Malaysia.
No comments:
Post a Comment