Wednesday, September 23, 2009

jamal abdillah

Salam,

Pada hari raya kedua baru-baru ini saya berkesempatan menonton Konsert Seniman Jamal Abdillah di RTM1. Kagum saya melihat bakat seni yang dimiliki seniman ini. Ketika melihat klip asal Bintang RTM 79 saya perasan betapa tinggi mutu orang dulu-dulu. Pada ketika itu seniman Jamal Abdillah memang terbukti mutu nyanyiannya tidak seperti golongan yang melambak teringin menjadi bintang realiti macam hari ini.

Hal sama dapat dilihat dikalangan adik-adik yang berada dalam universiti baik di IPTA atau IPTS. Justeru itu, marilah kita sama-sama meningkatkan kemampuan masing-masing untuk memajukan negara ini ke peringkat seterusnya.

mohd faizal kamarudin

Bibik

Salam,

Isu kebergantungan Malaysia kepada pekerja asing bukan sesuatu yang baru. Hampir kesemua sektor pekerjaan di negara ini memerlukan khidmat mereka. Antara yang kritikal memerlukan khidmat mereka adalah sebagai amah yang mana menuntut mereka untuk menjaga rumah termasuklah untuk menjaga anak-anak kita.

Mulanya semuanya tampak tidak bermasalah malah mereka menjadi pemudah untuk kebanyakan kita terutama bagi pasangan yang berkerja di kawasan bandar. Namun, ramai kenalan yang menggunakan khidmat mereka mengeluh dengan seribu macam permasalahan (yang tidak perlu disebutkan di sini) terpaksa dihadapi mereka.

Persoalannya, bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan kepada amah terutama daripada negara jiran dari seberang. Mungkin kita perlu meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pusat jagaan kanak-kanak. Dan pusat ini perlulah dikawal-selia dengan berkesan oleh agensi kerajaan.

mohd faizal kamarudin

eid mubarak

Salam to all,

Eid mubarak.

TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu).

Moga kita terpilih menjadi tetamu Ramadhan 1431.

mohd faizal kamarudin

Navigating Change: The Future of Malaysia’s Takaful Industry (2023–2026)

The Malaysian Takaful sector is at a pivotal crossroads. Over the past three years, the industry has demonstrated remarkable resilience, but...