Sunday, July 13, 2008

ayat-ayat cinta

Salam,

Ayat-ayat cinta adalah filem Indonesia terkini yang masih ditayangkan di pawagam sekitar tanah air. Namun ianya mula dipasarkan di negara sebarang sekitar Februari 2008 dan seterusnya dipasarkan di negara seberang tambak pada bulan Mei yang lalu. Filem ini diadaptasi daripada novel bestseller Ayat-ayat cinta yang dihasilkan oleh penulis prolifik Habiburrahman El Shirazy yang juga merupakan alumni Universiti Al-Azhar.


Secara ringkas, filem ini mengingatkan saya tentang jujur, ikhlas dan sabar dalam menjalani kehidupan. Selain itu saya amat selesa dengan nilai komersil filem ini yang mana mengabungkan persoalan cinta dan nilai-nilai keislaman itu sendiri. Kesimpulannya, filem ayat-ayat cinta berbaloi untuk ditonton dan secara peribadi saya amat terkesan dengan pengorbanan Aisha (lakonan Rianti Cartwright). Untuk maklumat lebih terperinci teman-teman bisa melayari url berikut:-

ayat-ayat cinta


terima kasih.


Mohd Faizal Kamarudin



2 comments:

Ben said...

i ada menonton filem ini di singapura beberapa bulan dahulu. agak boleh tahan juga filemnya :)

eiza in the house.. said...

yer betul tu ...sy suka cerita nie..nice filem.

Navigating Change: The Future of Malaysia’s Takaful Industry (2023–2026)

The Malaysian Takaful sector is at a pivotal crossroads. Over the past three years, the industry has demonstrated remarkable resilience, but...