Sunday, July 13, 2008

ayat-ayat cinta

Salam,

Ayat-ayat cinta adalah filem Indonesia terkini yang masih ditayangkan di pawagam sekitar tanah air. Namun ianya mula dipasarkan di negara sebarang sekitar Februari 2008 dan seterusnya dipasarkan di negara seberang tambak pada bulan Mei yang lalu. Filem ini diadaptasi daripada novel bestseller Ayat-ayat cinta yang dihasilkan oleh penulis prolifik Habiburrahman El Shirazy yang juga merupakan alumni Universiti Al-Azhar.


Secara ringkas, filem ini mengingatkan saya tentang jujur, ikhlas dan sabar dalam menjalani kehidupan. Selain itu saya amat selesa dengan nilai komersil filem ini yang mana mengabungkan persoalan cinta dan nilai-nilai keislaman itu sendiri. Kesimpulannya, filem ayat-ayat cinta berbaloi untuk ditonton dan secara peribadi saya amat terkesan dengan pengorbanan Aisha (lakonan Rianti Cartwright). Untuk maklumat lebih terperinci teman-teman bisa melayari url berikut:-

ayat-ayat cinta


terima kasih.


Mohd Faizal Kamarudin



Tuesday, June 17, 2008

Kenaikan harga minyak

Salam,

Barangkali saya agak terlewat dalam membicarakan isu terhangat di bumi Malaysia tatkala ini. Apalagi kalau bukan kenaikkan harga runcit bahan api iaitu petrol (RM1.92 - RM2.70) dan diesel (RM1.58 - RM2.58) atau sekitar 40.6 peratus: petrol dan 50 peratus: diesel, daripada harga terdahulu.


Secara asasnya kenaikan harga ini disebabkan oleh permintaan (demand) melebihi bekalan (supply). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican situasi ini didorong oleh peningkatan permintaan di peringkat global terutamanya di Negeri China, India dan di Timur Tengah sendiri. Menurutnya lagi faktor geo-politik yang tidak stabil seperti d Nigeria juga menjadi penyumbang kepada ketidaktentuan di dalam pasaran. Malah hal ini diburukkan lagi dengan keaktifan pemain (player) di pasaran hadapan (future market) yang mana menyumbang lebih kurang $10 - $15 kepada kenaikan harga minyak mentah dunia.


Dalam pada itu Kerajaan telah megemukakan beberapa bentuk subsidi kepada pengguna iaitu rakyat dan golongan peniaga untuk menyerap kenaikan harga ini. Pada masa yang sama Kerajaan juga telah megumumkan usaha untuk menambahbaikkan sistem pengangkutan awam. Sehubungan dengan itu sekitar RM5 billion telah diperuntukkan untuk usaha ini yang mana akan mengambil masa kurang lebih 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.


Pada mulanya saya sendiri cukup marah dan tertekan dengan kenaikan ini. Namun selepas melihat daripada semua sisi saya kira ini adalah keputusan tepat untuk jangka masa panjang. Kenaikkan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan pasaran (market efficiency) dan susbsidi pula disalurkan dengan lebih berkesan kepada golongan sasar. Berikut adalah saranan saya kepada Kerajaan, peniaga dan pengguna.


Kerajaan
Ambillah ikhtibar dari tulisan S.S. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Kerajaan Perlis Indera Kayangan.Tingkatkanlah kecekapan dalam mengurus negara jangan dilihat mengambil keputusan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Perlaksanaan sistem subsidi jelas perlu dipertingkatkan lagi. Sebagai cadangan mungkin subsidi boleh terus dikreditkan ke dalam bank akaun rakyat.


Peniaga
Janganlah menaikkan harga sesuka hati. Benar kos operasi telah meningkat namun kalian juga menerima subsidi daripada kerajaan. Inilah masanya untuk meningkatkan keefektifan dan keeffisyenan dan menjadi lebih berdaya saing yang mana wajib dalam arus globalisasi hari ini.


Pengguna
Suka atau tidak kita perlu ubah gaya hidup. Berbelanjalah secara berhemah dan utamakan premis perniagaan yang menawarkan harga berpatutan.


Terima kasih.


Mohd Faizal Kamarudin



sepi the movie

Salam,

Sepi the movie is due to release on 26 June 2008. It is the new film from Khabir Bhatia who is scriptwriter, director and producer of cinta. The casting comprise established and new talents in local film industry. While, sepi's music sound very melancholic the cinematography is very encouraging that can make we proud with Malaysia's film industry.

Therefore, i would like to encourage fellow Malaysian to give the credit that due for this movie by spending rm10 in cinema. Though we are facing with increasing cost of living i believe sepi the movie is worth to watch. For further information kindly browse the sepi the movie official website at the following url:-

http://www.sepithemovie.com/


Till then thank you.


Mohd Faizal Kamarudin

Wednesday, May 07, 2008

Hai O oh Hai O

Multi level marketing (MLM) adalah satu bentuk perniagaan yang hangat diperkatakan sekarang. Namun, MLM bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Perniagaan ini didaftafkan dibawah Akta Jualan Langsung 1993 dan diselia oleh Kementarian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KDPHEP) .


Pastinya, yang terhangat di pasaran tatkala ini adalah Hai-O Marketing (M) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi url ini:-http://www.hai-omarketing.com.my/haio/my_home.asp. Saya difahamkan untuk memulakan perniagaan atau lebih tepat lagi untuk menyertai Hai-O Marketing seseorang itu perlu mengeluarkan modal sekitar RM20,000-00. Seterusnya, peserta akan diberi beberapa produk untuk dijual dan mendapat keuntungan. Namun, disamping itu peserta perlu mencari downline untuk menikmati beberapa keuntungan/faedah lain seperti over-riding, komisen kepimpinan, insentif kereta, insentif rumah dan sebagainya.


Secara asasnya perniagaan ini sah dari segi undang-undang dan syarak. Namun, strategi Gang Hai-O ini yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk dijadikan peserta adalah sesuatu yang wajar kita perhalusi. Secara lebih tepat lagi kumpulan sasaran Gang Hai-O adalah kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan mat rempit. Apa yang menjadi kegusaran adalah kebanyakan peserta mengambil pinjaman daripada pada bank terutamanya Bank Rakyat. Ini mungkin disebabkan polisi Bank Rakyat yang memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa perlu ada penjamin. Bagi peserta yang bukan kakitangan kerajaan mereka mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank perdagangan yang lain, menggunakan simpanan dan ada yang meminjam daripada ahli keluarga yang lain.


Daripada pemerhatian saya ramai yang hangat-hangat tahi ayam dalam menyertai perniagaan ini. Natijahnya, mereka terperangkap dan dibebani hutang dengan pihak bank. Jika dilihat secara kasar mereka inilah yang bersalah kerana tidak bersungguh-sungguh dalam perniagaan diceburi. Namun, pada hemat saya Gang Hai-O juga perlu lebih bertanggungjawab dalam menghampiri khalayak umum atau kumpulan sasaran yang ingin dijadikan downline. Mereka perlu diberikan penerangan yang jelas tentang model perniagaan dan risiko yang bakal dihadapi oleh para peserta. Bukannya menceritakan tentang jenis kereta yang bakal dipakai dan impian lain yang boleh dicapai. Malahan menurut teman rapat saya upline-nya menjanjikan dalam masa dua bulan sahaja beliau boleh memiliki kereta impiannya. Ini adalah satu modus operandi perniagaan yang amat mengelirukan dan menjadi kegusaran yang amat dalam untuk saya.

Kegusaran ini didorong oleh rekod perniagaan MLM itu sendiri. Saya melihat tiada satupun syarikat MLM yang bertahan. Malahan para peserta kerap melompat dari satu syarikat syarikat yang lain. Dan saya melihat ini bukanlah strategi perniagaan yang sihat dan mampu bertahan di era globalisasi ini. Sehubungan dengan itu saya menyeru orang ramai untuk melakukan timbang tara sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM. Jika setelah dilakukan analisis yang dalam dan yakin boleh berjaya dengan perniagaan ini silalah terlibat dengan perniagaan ini. Dan ingatan untuk mereka yang sudah terlibat dengan perniagaan ini saya menyarankan untuk lebih sensitif dengan institusi kekeluargaan. Ini kerana mereka cukup cenderung untuk mengadakan mesyuarat atau perjumpaan sehingga lewat pagi. Hal ini amatlah tidak disenangi oleh kebanyakan ibu-bapa dan adalah satu budaya yang amat mengusarkan.


Bertemu lagi...


Mohd Faizal Kamarudin



Tuesday, May 06, 2008

PRU: Satu realiti

Keputusan PRU ke-12 memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia khususnya dan kehidupan rakyat secara amnya. Dari sisi pemerhatian saya jelas terlihat semacam keinginan yang mumbuak-buak di kalangan banyak pihak baik ahli politik, budayawan, seniman, bloggers dan sebagainya untuk menyatakan pandangan mereka. Justeru itu saya terpanggil untuk menitip pandangan saya tentang aliran yang sama.

Pada malam keputusan PRU ke-12 ada teman-teman yang menzahirkan kegusaran tentang ketuanan melayu atau lebih tepat lagi nasib orang melayu. Mereka bimbang dengan keputusan PRU ke-12 orang melayu akan terpinggir di negara sendiri. Pada hemat saya ada kebenaran tentang kegusaran ini. Namun, saya melihat orang melayu punya peluang yang cukup terbuka untuk menidakkan kebimbangan ini malahan ia menjadi satu kemestian untuk kita semua untuk terus berjaya dalam hidup ini.

Kita semua sedar tentang realiti ekonomi hari ini - kadar inflasi yang membimbangkan, harga petrol yang tinggi dan diparahkan lagi dengan harga beras serta barang-barang keperluan lain yang turut meningkat harganya. Dalam keadaan yang menghimpit ini kita juga gusar dengan peluang pekerjaan yang diketahui dikuasai oleh golongan lain. Namun, kita perlu realistik dengan keadaan ini. Jangan sesekali menyalahkan ornag lain. Lantaran itu menjadi kemestian kepada semua usahawan melayu untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang melayu sendiri. Seterusnya menjadi kemestian pula untuk orang melayu yang lain menjadi terbilang baik dari segi akedemik dan menjadi pekerja yang tinggi produktivitinya.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.


Mohd Faizal Kamarudin



Navigating Change: The Future of Malaysia’s Takaful Industry (2023–2026)

The Malaysian Takaful sector is at a pivotal crossroads. Over the past three years, the industry has demonstrated remarkable resilience, but...